Thursday 26 November 2015

Kuliah KPP 6074

Standard
Ketika menghadiri kuliah pertama bagi kursus KPP 6074 Pembelajaran dan Kognisi yang diadakan di Blok 3, tidak terlintas sama sekali bahawa kursus ini mendapat sambutan ramai.  Bayangkan ketika kuliah pertama, ramai pelajar yang tidak mendapat kerusi dan ada yang terpaksa berkongsi tempat.  Pada hari itu, pertama kalinya kami berkenalan dengan seorang pensyarah yang nyata mempunyai keunikan dan identiti yang tersendiri.  Beliau yang dimaksudkan ialah Professor Madya Dr. Suppiah a/l Nachiappan yang berasal dari Chemor, Perak.  Karektor beliau yang suka berjenaka membuatkan kami tidak berasa jemu.  Ada saja idea dan celoteh beliau yang membuatkan kami tidak kering gusi sepanjang kuliah berlangsung.  Patutlah kursus ini mendapat sambutan yang hangat pada setiap semester.

Dr. Suppiah sememangnya sinonim dengan cerpen Lambaian Malar Hijau dan slogan "Bersama Kita Berjuang". Menurut beliau, cerpen ini memberi contoh semangat perjuangan guru demi mendidik pelajar agar terus berjaya sepertimana Cikgu Jo yang tidak pernah jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada Daneng; iaitu watak utama dalam cerpen tersebut.

Sesungguhnya Dr. Suppiah memberi impak yang besar dalam kehidupan kami sebagai pendidik.  Beliau juga memberi inspirasi kepada kami.  Pesanan beliau supaya guru perlu sentiasa memberi sentuhan jasad dan jiwa kepada pelajar membuatkan kami tersedar betapa pentingnya guru memupuk rasa kasih sayang terhadap pelajar agar setiap pelajaran yang diajar mampu menyentuh hati pelajar dan seterusnya ilmu tersebut terus tersemat di sanubari mereka.  Akhir kata.....

Ayuh cikgu...bersama kita berjuang!!!

0 comments:

Post a Comment