Tuesday 24 November 2015

Proses Kognisi dan Afeksi

Standard
Sinopsis buku:
Buku Proses Kognisi dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi ditulis untuk pembaca dari IPTA, IPTS, Institut Perguruan, Penyelidik yang berminat dalam bidang Psikolinguistik, guru-guru bahasa dan yang mencintakan bahasa (penulisan; Psikologi Pendidikan (proses Kognisi dan Afeksi); dan Kaedah Pedagogi Hermeneutik (Kaedah Interpretasi Teks Penulisan). Buku ini diharap menjadi rujukan untuk pembaca yang ingi mendalami peranan proses kognisi dan afeksi yang dialami dalam mengisterpretasi teks karangan pelajar dalam konteks Kaedah Pedagogi Hermeneutik sebagai kaedah interpretasi teks penulisan. Pelajar Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah juga boleh memanfaatkan buku ini dengan mengenali dan mendalami aspek Kaedah Kualitatif, iaitu Kaedah Pedagogi Hermeneutik untuk digunakan dalam penulisan kertas projek dan tesis.

Isi Kandungan:
Proses Kognisi dan Afeksi
Hubungan Psikologi Kognisi dengan Psikologi Afeksi
Proses Kognisi dan Afeksi dalam teks
Kaedah Pedagogi Hermeneutik dalam Analisis Penulisan
Proses Pemikiran Tidak Sedar dalam Perancangan
Peranan Kognisi dan Afeksi dalam Penghasilan Penulisan

0 comments:

Post a Comment