" Lambaian Malar Hijau " & " BERSAMA KITA BERJUANG " menjadi trademark Dr Suppiah. Lambaian Malar Hijau merupakan sebuah cerpen yang berkisar mengenai perjuangan Cikgu Jo kepada Daneng seorang anak orang asli yang berbelah bagi untuk meneruskan pelajarannya ketika itu. Dengan semangat Cikgu Jo yang tidak berputus asa memujuk dan memberi nasihat kepada Daneng akhirnya Daneng melanjutkan pelajaran dan berjaya menjadi seorang tokoh yang disegani oleh masyarakat. Setelah berjaya Daneng banyak menyumbangkan bakti kepada masyarakat kampungnya sehinggala pada suatu hari dia berpeluang untuk bertemu kembali Cikgu Jo. Pertemuan itu amat bermakna kerana walaupun Daneng telah berjaya dalam hidupnya dia masih menghormati dan menyanjung tinggi cikgu yang telah banyak berjasa dalam hidupnya itu ~ Cikgu Jo!
0 comments:
Post a Comment