Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Tuesday, 24 November 2015

Gaya Bahasa dan Proses kognisi

Standard
Sinopsis Buku:
Gaya Bahasa dan Proses Kognisi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan interpretasi ditulis khusus untuk pembaca IPTA, IPTS, institusi pergurusan, penyelidik yang berminat dalam bidang Psikolonguistik, Guru-guru Bahasa dan khalayak yang mencintai bahasa (Penulisan); Psikologi Pendidikan (Proses Kognisi); dan Kaedah Pedagogi Hermeneutik (Kaedah Interpretasi Teks Penulisan). Buku ini diharap menjadi rujukan untuk pembaca yang ingin mendalami peranan proses kognisi yang dialami dalam menginterpretasi teks karangan pelajar dalam konteks Kaedah Pedagogi Hermeneutik sebagai kaedah intepretasi teks penulisan.

IsiKandungan:
Pengenalan Kepada Bahasa dan Proses Kognisi
Gaya Bahasa Dalam Penulisan Karangan
Pemprosesan Informasi Dalam Penulisan Karangan
Pendekatan Analisis Kaedah Pedagogi Hermeneutik
Gaya Bahasa Dalam Penulisan Pelajar

Proses Kognisi dan Afeksi

Standard
Sinopsis buku:
Buku Proses Kognisi dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi ditulis untuk pembaca dari IPTA, IPTS, Institut Perguruan, Penyelidik yang berminat dalam bidang Psikolinguistik, guru-guru bahasa dan yang mencintakan bahasa (penulisan; Psikologi Pendidikan (proses Kognisi dan Afeksi); dan Kaedah Pedagogi Hermeneutik (Kaedah Interpretasi Teks Penulisan). Buku ini diharap menjadi rujukan untuk pembaca yang ingi mendalami peranan proses kognisi dan afeksi yang dialami dalam mengisterpretasi teks karangan pelajar dalam konteks Kaedah Pedagogi Hermeneutik sebagai kaedah interpretasi teks penulisan. Pelajar Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah juga boleh memanfaatkan buku ini dengan mengenali dan mendalami aspek Kaedah Kualitatif, iaitu Kaedah Pedagogi Hermeneutik untuk digunakan dalam penulisan kertas projek dan tesis.

Isi Kandungan:
Proses Kognisi dan Afeksi
Hubungan Psikologi Kognisi dengan Psikologi Afeksi
Proses Kognisi dan Afeksi dalam teks
Kaedah Pedagogi Hermeneutik dalam Analisis Penulisan
Proses Pemikiran Tidak Sedar dalam Perancangan
Peranan Kognisi dan Afeksi dalam Penghasilan Penulisan